The old man and the sea

29 01 2013

The old man and the sea

The Old Man and the Sea is a novel written by the American author Ernest Hemingway in 1951 in Cuba, and published in 1952. It was the last major work of fiction to be produced by Hemingway and published in his lifetime. One of his most famous works, it centers upon Santiago, an aging fisherman who struggles with a giant marlin far out in the Gulf Stream. The Old Man and the Sea was awarded the Pulitzer Prize for Fiction in 1953 and was cited by the Nobel Committee as contributing to the awarding of the Nobel Prize in Literature to Hemingway in 1954.

PS3515.E53 L432 : Koleksi Khas PHS 1

PS3515.E53L433 (videorecording) : Media PHS 1





Buku, kedai dan kegilaan penjualnya

2 01 2013

NAMANYA H.P. Lovecraft atau panggil saja dia HP. ”Ayah saya peminat H.P. Lovecraft,” dia memberitahu. Agaknya dia menyedari bahawa saya tidak pernah mendengar nama H.P. Lovecraft. Sebenarnya H.P Lovecraft (Howard Phillips Lovecraft) ialah salah seorang penulis cerita seram yang terkemuka.

Oleh kerana kecacatannya, beliau banyak menghabiskan masa membaca cerita-cerita misteri. Dalam keterasingan itulah dia menulis cerita-cerita mengenai makhluk separuh manusia dan separuh haiwan. Di antara karya-karyanya yang menjadi klasik ialah The Rats in the Walls, In the Vault dan The Things on the Doorstep.

Beliau mati papa kedana pada tahun 1937. Tetapi buku-bukunya menjadi begitu laris selepas kematiannya dan dia menjadi cult di kalangan penulis cerita seram dan misteri. Malah sebuah penerbit, Arkam House kononnya menjadi besar, maju dan berpengaruh kerana menerbitkan buku-bukunya.

Tetapi HP, yang memiliki kedai buku kecil itu sebenarnya bukan penyendiri seperti penulis tersebut. Kedainya (”Ini rumah, gedung, perpustakaan, galeri dan syurga saya,” katanya) tidak ada yang istimewa dari luar. Letaknya di perkampungan Greenwich, New York yang terkenal kerana seniman, gelandangan, juga penghidap AIDSnya.

Seorang teman memberitahu saya, kalau buku tidak boleh dicari di Barnes and Nobles, rangkaian gedung terbesar di AS, carilah di kedai HP.

HP sebenarnya bukan sekadar pemilik (”part owner” dia memperingatkan dengan rasa rendah diri) atau penjual buku. Dia pencinta buku. Apabila saya menjejakkan kaki ke dalam kedainya pertama kali pada bulan Oktober empat tahun lalu, apa yang saya lihat ialah deretan buku di atas rak dan timbunan buku di lantai.

Mengesan bahawa saya bukan orang tempatan, dia bertanya saya dari mana. ”Malaysia,” kata saya. Dahinya segera berkerut. ”Saudara pernah mendengar nama William Dampier?”

Saya terdiam. ”Dia menulis buku A New Voyage Around the World. Di dalamnya dia menyebut juga tentang negara saudara,” katanya.

Saya tidak pernah mendengar judul itu. ”Kisah perjalanan itu ditulisnya pada tahun 1699,” kata HP lagi.

Tiba-tiba dia bergegas ke satu sudut. Dia kembali beberapa minit kemudian dengan sebuah buku yang sudah berdebu jaketnya. ”Nah, buku ini sudah berada di sini sejak 20 tahun lalu. Tak ada pembeli.”

Judulnya Tales of the Malayan Coast. Penulisnya Rounsevelle Wildman. Buku dan penulisnya secara jujur tidak pernah saya tahu sebelum ini. ”Kami juga pernah menyimpan edisi pertama buku Camping and Tramping in Malaya oleh A.B. Rathborne,” katanya. ”Saudara tahu,” tambahnya, ”Saya banyak mengenal negara saudara dari buku itu.”

Saya terdiam. Penjual buku di New York ternyata lebih tahu tentang buku-buku yang ditulis oleh penulis kolonial mengenai negara saya dari saya sendiri.

”Tentu saudara mendapat maklumat mengenai negeri saya dari Conrad,” saya cuba memancing.

”Saya juga membaca (Somerset) Maugham dan (Anthony) Burgess, selain (Graham) Greene” katanya. ”Saya sukakan Conrad,” katanya lagi. ”Saya tahu saudara tidak senang dengan gambaran rakyat tempatan dalam Almayer’s Folly, An Oucast of the Islands dan Lord Jim.

”Conrad sebetulnya banyak mengambil maklumat dari buku seperti The Malay Archipelago dan Our Tropical Possessions in Malayan India,” dia berbisik. Semua buku itu ditulis pada pertengahan abad ke-19.

Kedai buku HP menjadi sasaran setiap kali saya berkesempatan menjejak kaki ke New York. Dari pertemuan pertama empat tahun lalu itu, saya sering menerima katalog buku-buku antik, lama, luar biasa, atau edisi khas darinya.

HP membawa pengunjung kedainya melayari dunia buku dan dia menjadi pemandu yang baik dan berpengalaman.

Beberapa hari lalu saya menerima sepucuk surat dari New York. Ringkas sahaja kandungannya, dari pembantunya yang saya kenal sebagai Nancy. ”HP meninggal dunia tiga bulan lalu. Saya tidak lagi di kedai itu. Khabarnya sebuah rantaian kedai buku akan mengambil alih kedai tersebut.”

Dunia buku kehilangan seorang lagi pencinta buku. – JOHAN JAAFFAR.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_05.htm#ixzz2GnrlM6J0
© Utusan Melayu (M) Bhd