Penyediaan Book Lovers Corner yang baharu di PHS Baharu

10 04 2013

Penyediaan Book Lovers Corner yang baharu di PHS Baharu

Advertisements




Tadika Lestari Ilmu…kami datang!

1 04 2013

27-28 Mac 2013 –  Aktiviti jaringan masyarakat diteruskan pada kali ini di Tadika Lestari Ilmu, Pusat Islam USM. Pada kali ini, JKM telah menjalin kerjasama dengan Pusat Islam USM serta  12 orang pelajar dari Kor Sukarelawan USM.

Dua hari ini berlangsung dengan begitu pantas tatkala masing-masing sibuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Gotong-royong melibatkan 3 kumpulan; cat, mural dan sistem. Kumpulan cat fokus kepada urusan cat-mengecat dalam dan luar perpustakaan, kumpulan mural bertungkus lumus melukis dan menyiapkan mural di luar perpustakaan dan kumpulan sistem pula menyusun semula buku-buku mengikut kategori dan melakukan input maklumat buku ke dalam sistem.

Sebelum ini, buku-buku di perpustakaan tadika tidak dibenarkan dipinjam keluar atas pelbagai kekangan. Namun setelah wujudnya sistem perpustakaan yang sistematik, pihak pengurusan tadika bersetuju untuk memberi peluang kepada pelajar meminjam buku-buku untuk dibaca di rumah. Selain itu, kadar pinjaman bahan juga dapat direkodkan bagi mendapatkan gambaran sejauh mana pelajar berminat untuk membaca. Tambahan pula, dengan munculnya perpustakaan dengan wajah baharu yang lebih ceria dan segar diharapkan dapat menarik lebih ramai pengunjung memanfaatkan gedung ilmu ini.

Terima kasih kepada semua petugas yang bersemangat untuk menjayakan aktiviti ini. Walaupun usaha ini kecil, namun impaknya diharap berpanjangan.  Semoga bertemu lagi di program akan datang di Tadika Lestari Ilmu.

IMG_7656IMG_7602IMG_7608IMG_7611IMG_7613IMG_7617IMG_7621IMG_7625IMG_7633IMG_7631IMG_7651IMG_7639IMG_7635IMG_7653IMG_7656IMG_7600IMG_7579IMG_7577IMG_7584IMG_7593IMG_7572IMG_7568IMG_7573IMG_7571IMG_7563IMG_7536IMG_7543IMG_7534IMG_7560IMG_7533IMG_7529IMG_7520IMG_7504IMG_7523IMG_7507IMG_7514IMG_7658





Jombaca@PHS: Biografi Syed Mokhtar Albukhary

12 03 2013

 

biografi albukhary

Syed Mokhtar Albukhary adalah nama yang tidak asing lagi di kalangan hartawan Malaysia. Ramai yang sedia maklum bahawa beliau tergolong di dalam 10 orang terkaya di Malaysia, namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana beliau mendaki segunung kepayahan sebelum sampai ke puncak yang didudukinya sekarang. Buku ini ada jawapannya!

Berdasarkan temu bual eksklusif dan penyelidikan penulis buku ini, gambaran kehidupan Syed Mokhtar Albukhary diceritakan dengan lengkok bahasa yang mudah difahami. Dunia perniagaan yang penuh cabaran menjadi sebahagian daripada darah dagingnya sejak kecil, justeru tidak hairanlah beliau menjadi pemain korporat yang amat kental sehingga kini.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan peluang keemasan yang pantas diambil oleh beliau untuk meneroka dunia perniagaan yang terbentang luas. Selaku usahawan yang amanah, beliau enggan menggunakan pendekatan ali-baba semata-mata untuk meraih keuntungan atas angin. Penglibatannya dalam dunia korporat pada awalnya jarang diketahui umum kerana sifatnya yang suka berahsia. Namun begitu, beliau sering tidak terlepas daripada pandangan negatif pelbagai pihak. Cabaran tersebut tidaklah mematahkan semangat beliau, malahan menjadikannya lebih tabah dan matang dalam mengharungi kehidupan.

Buku ini wajar dibaca oleh semua golongan terutama mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan. Buku menarik ini boleh didapati di Perpustakaan Hamzah Sendut dengan nombor panggilan m DS595.6 S985P9 2012





In the library…

26 02 2013

In the library...





How Books are arranged…

26 02 2013





A Brief History of Time

1 02 2013

A Brief History of Time

A Brief History of Time (subtitled “From the Big Bang to Black Holes”) is a popular-science book written by British physicist Stephen Hawking and first published by the Bantam Dell Publishing Group in 1988. It became a best-seller and has sold more than 10 million copies. It was also on the London Sunday Times best-seller list for more than four years.

A Brief History of Time attempts to explain a range of subjects in cosmology, including the Big Bang, black holes and light cones, to the nonspecialist reader. Its main goal is to give an overview of the subject but, unusual for a popular science book, it also attempts to explain some complex mathematics.

QB981.H392 (videorecording) : Media PHS 1

QB981.H392 : Rak terbuka PHS 1

QB981.H392 Kejuruteraan : Rak Terbuka Perpustakaan Kejuruteraan





The old man and the sea

29 01 2013

The old man and the sea

The Old Man and the Sea is a novel written by the American author Ernest Hemingway in 1951 in Cuba, and published in 1952. It was the last major work of fiction to be produced by Hemingway and published in his lifetime. One of his most famous works, it centers upon Santiago, an aging fisherman who struggles with a giant marlin far out in the Gulf Stream. The Old Man and the Sea was awarded the Pulitzer Prize for Fiction in 1953 and was cited by the Nobel Committee as contributing to the awarding of the Nobel Prize in Literature to Hemingway in 1954.

PS3515.E53 L432 : Koleksi Khas PHS 1

PS3515.E53L433 (videorecording) : Media PHS 1