Jombaca@USM

27 10 2014

JK Kempen Membaca dengan sukacitanya memperkenalkan sudut pecinta buku dan kotak derma buku baharu untuk warga USM di bawah tagline jombaca@USM. Inisiatif ini merupakan langkah yang diambil untuk membudayakan membaca dalam kalangan warga kampus. Projek ini berjalan dengan bantuan kewangan dalam bentuk geran ad-hoc oleh Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM).

Sebanyak 3 kotak derma buku dan sebuah kotak pecinta buku telah dihasilkan. Kotak derma buku telah ditempatkan di lokasi berbeza sekitar kampus iaitu di PHS 1, kafetaria desasiswa Bakti, kafetaria desasiswa Restu untuk memberi peluang kepada warga kampus mendermakan buku. Manakala kotak Pecinta Buku telah ditempatkan di hadapan PHS 1. Sehingga kini, lebih kurang 1000 buah buku telah diterima melalui kotak derma buku dan sebahagiannya telah didermakan ke pusat sumber/perpustakaan luar yang memerlukan. Tumpuan diberikan kepada pusat sumber yang terlibat dengan porjek komuniti Perpustakaan Hamzah Sendut seperti berikut:

1. Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Syed Idrus, Chemor, Perak
2. Perpustakaan Koperasi Tadika Minden, USM
2. Perpustakaan Tadika Lestari Ilmu,Pusat Islam, USM
3. Perpustakaan Sekolah Rendah Al Itqan, Teluk Kumbar, Pulau Pinang
4. Perpustakaan Sekolah Agama An Nikmah, Kampung Poti In, Kemboja
5. Perpustakaan Komuniti Sungai Nibong Pantai, Pulau Pinang
Semoga usaha kecil ini akan berjalan secara berterusan dalam memberikan manfaat kepada masyarakat dalaman mahupun luaran USM.
book donation box booklovers

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: