jombaca@PHS jejak kaki di persidangan

18 09 2013

Ogos 2013 – ‘Sharing is caring’, atas dasar perkongsian lestari tersebut, pihak JKM telah menghasilkan kertas kerja dan poster untuk dibentangkan di dalam persidangan peringkat kebangsaan. Kertas kerja dan poster ini merupakan hasil garapan perjalanan aktiviti kami yang telah berlangsung di Koperasi Tadika Minden dan Tadika Lestari Ilmu, Pusat Islam USM. Usaha kecil ini dilakukan bertujuan berkongsi idea dan pengalaman mengendalikan aktiviti komuniti selain membuka mata masyarakat di luar sana tentang peranan penting yang dimainkan oleh perpustakaan dalam menjana masyarakat yang berilmu.

Pada 23 Ogos 2013,  kertas kerja bertajuk ‘jom baca@PHS: inisiatif perkongsian ilmu’ telah dibentangkan dalam National Conference on Knowledge Transfer (KTP 01) yang berlangsung di Hotel Equatorial, Bangi. Pembentangan berlangsung dengan lancar dan mendapat maklum balas baik daripada para peserta. Lebih manis, kertas kerja ini telah menjadi salah satu daripada kertas kerja pilihan pihak penganjur. Kertas kerja penuh boleh dimuat turun di sini:

https://www.dropbox.com/s/at229tagfbvtb1h/KTP%20full%20paper.pdf

Manakala pada 25-27 Ogos 2013, JKM telah mengambil bahagian dalam pembentangan poster dalam Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia bertempat di Hotel Mahkota, Melaka. Poster yang dibentangkan berjudul ‘jom baca@PHS: inisiatif jaringan masyarakat perpustakaan’. Pada kali ini, poster tersebut telah dianugerahkan poster terbaik bagi kategori Perkhidmatan Perpustakaan. Tahniah diucapkan kepada semua ahli JKM yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program-program yang dijalankan. Semoga hasil penulisan ini akan menjadi warisan untuk tatapan  dan manfaat untuk generasi akan datang.

jombaca poster


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: