Hari bergembira di Tadika Lestari Ilmu

16 05 2013

15 Mei 2013 (Rabu) – Jawatankuasa Kempen Membaca, PHS dengan kerjasama Pusat Islam dan Kor Sukarelawan USM telah menjayakan PHS@Tadika Lestari Ilmu, sebuah program berbentuk Hari Terbuka dengan pelbagai aktiviti menarik khas untuk adik-adik pelajar Tadika Lestari Ilmu, Pusat Islam USM.

Program ini yang merupakan program fasa ke-2 selepas aktiviti gotong royong pada 27-28 Mac 2013 membawa visi menceriakan warga tadika melalui aktiviti senam seni, cheer loud,kuiz dan mewarna,seterusnya mengambil peluang memperkenalkan Perpustakaan dengan wajah baharu kepada khalayak yang hadir.

Seawal 8.30 pagi, Pelajar Kor Sukarelawan memulakan aktiviti dengan senam seni diiringi rentak chicken dance dan senaman sitomi. Seketika kemudian, maskot tupai Marry Brown menyertai kami disertai dengan sorakan ceria anak-anak kecil. Sebilangan mereka mengambil peluang untuk bersalaman dengan maskot comel ini, tidak kurang juga yang sedikit takut melihat tupai yang begitu besar.

Kemudian, pelajar dibawa masuk ke dewan makan untuk sarapan. Minuman tajaan Vico turut hadir memeriahkan suasana. Sebilangan 900  kotak minuman telah disumbangkan. Setelah selesai bersarapan, pelajar mengikuti kuiz dan pertandingan mewarna mengikut kategori masing-masing.

Sekitar jam 12.00 tengahari, majlis penutup program PHS@Tadika Lestari Ilmu telah diadakan dengan kehadiran tetamu jemputan mewakili Pusat Islam dan Perpustakaan USM.  Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan dalam majlis tersebut.

Rata-rata AJK berasa amat gembira menjayakan program ini ditambah pula telatah adik-adik kecil yang mencuit hati. Semoga usaha murni yang kecil ini membawa sedikit sinar kebaikan kepada warga Tadika Lestari Ilmu terutama dalam membudayakan pembacaan melalui Perpustakaan yang berwajah baharu. Insyaa-Allah.

IMG_8199 IMG_8201 IMG_8172 IMG_8140 IMG_8148 IMG_8152 IMG_8136 IMG_8133 IMG_8128 IMG_8119 IMG_8124 IMG_8126 IMG_8092 IMG_8098 IMG_8117 IMG_8084 IMG_8087 IMG_8072 IMG_8074 IMG_8076 IMG_8048 IMG_8054 IMG_8036 IMG_8039 IMG_8222


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: