Jombaca@PHS: Biografi Syed Mokhtar Albukhary

12 03 2013

 

biografi albukhary

Syed Mokhtar Albukhary adalah nama yang tidak asing lagi di kalangan hartawan Malaysia. Ramai yang sedia maklum bahawa beliau tergolong di dalam 10 orang terkaya di Malaysia, namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana beliau mendaki segunung kepayahan sebelum sampai ke puncak yang didudukinya sekarang. Buku ini ada jawapannya!

Berdasarkan temu bual eksklusif dan penyelidikan penulis buku ini, gambaran kehidupan Syed Mokhtar Albukhary diceritakan dengan lengkok bahasa yang mudah difahami. Dunia perniagaan yang penuh cabaran menjadi sebahagian daripada darah dagingnya sejak kecil, justeru tidak hairanlah beliau menjadi pemain korporat yang amat kental sehingga kini.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan peluang keemasan yang pantas diambil oleh beliau untuk meneroka dunia perniagaan yang terbentang luas. Selaku usahawan yang amanah, beliau enggan menggunakan pendekatan ali-baba semata-mata untuk meraih keuntungan atas angin. Penglibatannya dalam dunia korporat pada awalnya jarang diketahui umum kerana sifatnya yang suka berahsia. Namun begitu, beliau sering tidak terlepas daripada pandangan negatif pelbagai pihak. Cabaran tersebut tidaklah mematahkan semangat beliau, malahan menjadikannya lebih tabah dan matang dalam mengharungi kehidupan.

Buku ini wajar dibaca oleh semua golongan terutama mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan. Buku menarik ini boleh didapati di Perpustakaan Hamzah Sendut dengan nombor panggilan m DS595.6 S985P9 2012


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: