Jom baca! PhD kecil tapi signifikan

21 12 2012

 

phd kecil tp signifikan

Kepada penuntut ilmu yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi terutamanya PhD, buku ini ditulis untuk anda!

Buku bernada ringkas dan santai ini menceritakan pengalaman penulis dan rakan-rakan yang menempuhi alam PhD. Pengalaman manis pelajar PhD sepanjang pengajian dipaparkan untuk memberikan gambaran sebenar dunia pengajian tingkat tertinggi ini, di samping selitan kisah-kisah kurang manis segelintir pelajar yang terkandas atau melalui perjalanan cukup getir. Semua ini disampaikan bukan bertujuan untuk merisaukan bakal pelajar PhD, namun semata-mata menjadi panduan selain memotivasikan mereka untuk mellihat realiti dan tidak sekali-kali berputus asa dalam menggapai gelaran Dr.

Petua-petua dan strategi penting diberikan dalam memudahkan proses menyudahkan PhD dengan mudah dan bergaya. Bayangkan penulis mampu menghabiskan pengajian PhD dalam tempoh yang singkat; menyiapkan draf penuh tesis dalam masa 24 bulan dan lulus viva genap 32 bulan! sebuah rekod cemerlang bagi fakulti perakaunan di UiTM.

Bab ‘misteri seorang penyelia’ agak menarik dan sesekali melucukan. Dengan karakter yang berbeza-beza, penyelialah yang selalu menjadi buah mulut  kepada  kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar  PhD. Penulis berpendapat pelajar sendiri yang memainkan peranan secara berstrategi untuk mendekati dan mengambil hati penyelia.

Pengalaman berkaitan gelaran  Dr dikongsikan dalam penulisan ini, selain memberi contoh-contoh kurang enak tentang pemegang PhD yang obses dengan gelarannya, sehingga ada orang yang dimarahi semata-mata tidak memanggilnya ‘Dr’.  Mungkin pesanan oleh Prof. Dr Stuart McLeay (penyelia kepada penulis) wajar dihayati:

‘Mereka yang berkelulusan PhD hanya kekal berilmu pengetahuan untuk setahun sahaja. Selepas itu PhD mereka hanyalah sekeping kertas lapuk, usang dan tidak bererti kecualilah mereka meneruskan kerja-kerja penyelidikan dan akademik yang lain’.

Buku yang berhalaman 113 muka surat ini boleh didapati di Perpustakaan Hamzah Sendut, USM di bawah no panggilan LB2386. K15 2004 m. Selamat membaca!

ulasan oleh: Mohd Kamal Mohd Napiah

 


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: