Jombaca@PHS: The Presentation Secrets of Steve Jobs

16 10 2012
Ulasan oleh: Mohd Kamal Mohd Napiah

Siapa yang tidak kenal Steve Jobs, pengasas Apple. Lihat sahaja iPod, iPhone dan iPad sudah pasti akan terbayangkan Steve Jobs, si genius di sebalik inovasi gajet-gajet tersebut.

Buku bertajuk ‘The presentation secrets of Steve Jobs: how to be insanely great in front of any audience’ karangan Carmine Gallo ini membawa pembaca untuk meneliti Steve Jobs dari sudut yang berbeza; selaku seorang penyampai yang hebat!

Steve Jobs sering tampil dengan imej bersahaja namun berjaya menyampaikan mesej bermakna setiap kali memperkenalkan produk terbaru syarikatnya. Beliau tampil bukanlah hanya untuk menyampaikan informasi kepada audien yang hadir, tetapi mencipta pengalaman baharu yang menyebabkan setiap hadirin berasa teruja,kagum dan  pulang dengan penuh inspirasi.

Tips pembentangan yang terbukti berkesan dan praktikal disampaikan secara santai dan gaya bahasa yang mudah difahami. Secara asasnya, setiap pembentangan Steve Jobs mempunyai elemen-elemen seperti mencipta mesej, menyampaikan idea, mencipta keseronokan dan membentuk pengalaman yang sukar dilupakan.

Buku ini wajar dibaca oleh setiap orang, terutama yang sering terlibat dalam pembentangan. Buku berikut boleh didapati di Perpustakaan Hamzah Sendut dengan nombor panggilan HF5718.22 G172 2010. Selamat membaca!

‘A person can have the greatest idea in the world- completely different and novel-but if that person can’t convince enough other people, it doesn’t matter.’

– Gregory Berns


Actions

Information

Leave a comment