Jom Baca@PHS: Pemimpin 360 darjah

15 08 2012

Ulasan oleh: Mohd Kamal Mohd Napiah

‘ Saya bukanlah seorang bos, bagaimana nak memimpin?’

Mungkin sebahagian besar daripada kita berpandangan begitu bila berkata tentang  kepimpinan. Hakikatnya, kita tidak perlu menunggu dinaikkan pangkat menjadi CEO untuk memimpin dengan berkesan.

Cuba lihat sekeliling kita, walaupun kita bukanlah seorang bos, namun kita masih perlu memimpin orang yang ada disisi seperti rakan sekerja, staf bawahan termasuklah bos kita sendiri. Paling tidak pun kita perlu memimpin diri sendiri.

Buku ini yang ditulis oleh mentor kepimpinan yang terkenal, Dr John C. Maxwell memberikan jawapan yang konkrit  tentang salah faham dalam kepimpinan, dan membawa dimensi baharu dalam mendalami ilmu kepimpinan dari setiap sudut dan arah. Kepimpinan perlu bermula daripada kedudukan kita hari ini, walaupun kita bukanlah siapa-siapa.

Bagi seorang Islam, ajaran kepimpinan 360 darjah  ini sebenarnya telah dinyatakan sekian lama dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya.”

– Hadis riwayat Bukhari

Sekiranya berminat untuk membaca, buku ini terdapat di Perpustakaan Hamzah Sendut di bawah nombor panggilan berikut:

Versi terjemahan Bahasa Melayu: m HD57.7 M466 2009

Versi Bahasa Inggeris:  HD57.7. M465 2005

                                 

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: