Anggota perkhidmatan awam digalak baca sebuah buku ilmiah setiap bulan

2 08 2012

KANGAR, 7 Mac (Bernama) — Anggota-anggota perkhidmatan awam di Perlis digalak membaca sekurang-kurangnya sebuah buku ilmiah setiap bulan bagi membentuk pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan mereka.Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, walaupun ia bukan arahan tetapi kerajaan negeri menggalakkan amalan itu bagi memenuhi masa yang terluang. “Beberapa kajian pihak tertentu mendapati rakyat Malaysia tidak gemar membaca,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi JawatankuasaPelaburan dan Industri Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail sempena perhimpunan bulanan kakitangan perkhidmatan awam Perlis di sini hari ini. Md Isa berkata, dengan membaca, setiap anggota perkhidmatan awam dapat membentuk sahsiah diri menjadi manusia yang berilmu dan berinformasi.Beliau juga berharap setiap anggota perkhidmatan awam memberi komitmen yang padu ke arah menjayakan matlamat Perlis Maju 2015.Sempena perhimpunan bulanan itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA) selaku pengelola perhimpunan siri ketiga 2011 itu turut mengadakan pameran produk pertanian. — BERNAMA, 07032012


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: