Ulasan buku: First things first

11 07 2012

Buku karya Stephen R. Covey ini membincangkan salah satu diantara 7 tabiat manusia yang paling efektif iaitu ‘utamakan yang utama’. Buku ini mengajak pembaca berfikir tentang realiti kehidupan pada hari ini yang kebanyakan daripada kita membuat perkara yang dirasakan utama, tetapi sebenarnya tidak utama.

Kadangkala kita keliru dan bercelaru, tanpa kita sedar sebenarnya kita bergerak daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain secara automatik umpama mesin. Sekali sekala, kita perlu bertanya adakah terdapat ‘makna’ dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Matriks pengurusan masa turut dibincangkan di dalam buku ini. Semua orang menyusun masa mereka berdasarkan 4 kuadran:

1. Penting & Segera

2. Penting & Tidak Segera (Kuadran Kualiti)

3. Tidak Penting & Segera (Kuadran Penipuan)

4. Tidak Penting & Tidak Segera (Kuadran Pembaziran)

Penulis berpendapat manusia yang efektif perlu memperuntukkan masa yang banyak di kuadran 2 kerana disinilah kita membuat perancangan jangka panjang, menjangka dan mencegah masalah, memperluaskan ilmu dan menambah kemahiran. Kuadran ini juga dikenali sebagai kuadran Kepimpinan Peribadi.

Mengutamakan yang utama tidak memberikan masa yang lebih dari 24 jam sehari kepada anda, tetapi memberikan anda satu kompas;  kerana tempat yang ingin anda tuju lebih penting daripada kelajuan anda ke sana.

Bacalah buku ini sekarang! ia akan menjawab segala persoalan yang sering diutarakan seperti berikut:

“Banyak sangat yang mesti dibuat, dan tidak cukup masa untuk membuat semua”

‘Saya tidak dapat mencari keseimbangan antara kehidupan peribadi dan kerja saya. Apabila saya mengalih masa daripada sesuatu perkara kepada yang lain, keadaan bertambah buruk”.

 

ulasan oleh: Mohd Kamal Mohd Napiah


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: