JK Kempen Membaca serbu Koperasi Tadika Minden

16 05 2012

14 & 15 Mei 2012 – Ahli Jawatankuasa Kempen Membaca PHS dengan kerjasama 17 orang pelajar PGT 203 dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan telah berkampung di Koperasi Tadika Minden  selama dua hari untuk menjayakan program jaringan masyarakat.

Misi program ini ringkas namun meletakkan tanggungjawab yang berat di bahu para peserta iaitu menarik minat pelajar untuk datang ke pusat sumber melalui tarikan keceriaannya dan mewujudkan sistem pinjaman dan pemulangan buku yang lebih sistematik dan computerized.

Dari segi keceriaan, dalaman pusat sumber telah dicatkan hijau muda dan biru cair serta mural telah dihasilkan di dinding luaran dengan pelbagai watak kartun dan berwarna-warni untuk membuatkan para pelajar tadika lebih tertarik untuk berkunjung ke gedung ilmu ini.

Dari segi sistem, open biblio (sistem open source) telah digunakan untuk menyimpan data buku-buku yang terdapat di sana bertujuan memudahkan urusan pinjaman dan inventori bahan. Kepakaran En Mohd Jamil Kasim               (Perpustakaan Kampus Kejuruteraan) telah digunakan untuk mendapatkan sistem tersebut.

Terima kasih kepada semua AJK Kempen Membaca, Pelajar PGT 203, En Jamil Kasim, Guru Besar Koperasi Tadika Minden, guru-guru dan staf tadika, adik-adik yang belajar di tadika dan semua yang menjayakan program ini.

Ingat, misi kita belum berakhir! Nantikan kemunculan kami semula di Koperasi Tadika Minden pada 20 Jun 2012 nanti untuk program riang ria seterusnya.  InsyaAllah.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: