Jom meriahkan Pertandingan Deklamasi Puisi

2 04 2012

Marilah sama-sama kita berkunjung ke Perpustakaan Hamzah Sendut untuk merasai  kehangatan pertandingan deklamasi puisi bersempena Pameran Wanita di Sebalik Bait Puisi pada tanggal 4 April 2012 (Rabu) bertempat di Ruangan Astro, PHS 1. Pertandingan ini menampilkan para peserta daripada dua kategori; pelajar dan staf perpustakaan. Mari berpuisi..

WANITA PERMATA BERNILAI

Wanita…

seindah nama seindah rupa

senyummu sang suria pagi

langkahmu langkah serikandi

tuturmu bersulam budi

menghias watak sanubari

mendaulat ibu mithali

di balik takbir engkau berbakti

melahir zuriat di seluruh bumi

menzahir khalifah tentuan Ilahi

siapa tak kenal Muhammad SAW manusia agung

Neil Amstrong pencetus evolusi

Gandhi bapa kemerdekaan

Aung San Suu Kyi pejuang hak asasi

Muhammad Ali jaguh di gelanggang

P. Ramlee utusan seni

Dr Muzaffar angkasawan negara

di sebalik keagungan ini

ada jiwa

ada kuasa

ada naluri

mengukir nama

sang ibu

sang isteri

bagaikan ombak membelah pantai

bagaikan gunung menyubur denai

bagaikan embun di tanah kontang

Wanita…

engkau bagaikan bidadari

kerana hidupmu hidup dunia

kerana matimu matilah dunia

oleh itu, wahai wanita

jagalah peribadimu

junjunglah sahsiahmu

julanglah panji serikandi

jangan sampai fana maruah nurani

jangan terburai akal budi

kerana kau adalah anugerah Ilahi

yang diturunkan ke bumi

mendamping Adam yang sunyi.

Hasil nukilan En Amin Razip Hassan,staf  perpustakaan. 


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: