PM gemar buku mengenai sejarah, tokoh dan pemikiran strategik

30 03 2012

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dari dahulu lagi beliau suka membaca buku mengenai sejarah, pemikiran strategik dan kisah tokoh-tokoh masyarakat.

“Saya telah membesar dengan buku-buku sebegini,” kata Perdana Menteri dalam laman blog http://www.1malaysia.com hari ini.

Katanya koleksi buku-buku beliau sekarang masih sama seperti dahulu iaitu bahan bacaan yang cenderung ke arah penulisan bukan fiksyen.

Buku-buku sebegini, kata beliau, tidak menghidangkan senario-senario seperti dalam buku-buku fiksyen yang hanya dipenuhi oleh imaginasi.

Najib berkata buku bukan fiksyen menggariskan satu mesej yang cukup bermakna iaitu perihal manusia dan kemanusiaan yang sebenar, selain menceritakan kisah dan situasi sebenar selain ujian dan kejayaan sebenar yang dialami oleh insan-insan biasa, bukan yang dibentuk oleh imaginasi.

Perdana Menteri berkata cerita-cerita sebegini turut diadaptasi dan diceritakan semula dalam bentuk percetakan, skrin dan pementasan.Katanya sebagai perdana menteri, hari-hari beliau selalunya dipenuhi dengan aktiviti berkaitan kerja.

“Oleh itu, saya amat menghargai masa yang dapat diluangkan untuk aktiviti peribadi yang saya gemari, seperti membaca buku,” kata Najib sambil menjelaskan bahawa baru-baru ini beliau berkesempatan membaca buku biografi mengenai Steve Jobs, pengasas komputer “Apple” yang meninggal dunia dunia akibat kanser baru-baru ini.

Katanya ketabahan luar biasa ikon-ikon seperti Nelson Mandela, Sir Winston Churchill atau pandangan berharga Malcolm Gladwell, W.Chan Kim dan Rene Maubourgne telah dan akan terus menyemarakkan lagi aspirasi masyarakat.

Najib menyeru rakyat Malaysia yang mempunyai masa terluang supaya terus membaca sekerap yang mungkin.
Perdana Menteri juga meminta orang ramai memberi komen dalam blognya mengenai bahan bacaan kegemaran mereka agar beliau dapat tahu buka apa yang menjadi pilihan rakyat Malaysia masa kini.- Bernama

*Disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 26 Mac 2012


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: