Ulasan buku + filem : Twillight

2 03 2012

Secara jujurnya saya bukanlah peminat novel  romantik fantasi, tapi novel  bersiri karangan Meyer ini berjaya menarik minat saya dengan bait-bait ayat yang ringkas dan juga penggunaan bahasa yang mudah. Sinopsis novel ini berkisar dengan kehidupan seorang gadis bernama Bella Swan yang berpindah ke tempat asalnya di Forks, Washington, lalu jatuh cinta dengan seorang pontianak kacak yang bernama Edward Cullen.  Kemudian, bermulalah pengembaraan, konflik dan dilema dalam kehidupan Bella Swan. Plot dalam novel bersiri ini juga dimuatkan cinta tiga segi  antara manusia, pontianak dan juga serigala jadian, yang mana watak Jacob Black sebagai  seekor serigala jadian yang turut sama menuntut cinta dari Bella Swan membuatkan penceritaan novel ini semakin menarik.

Saya sudah membaca dan menonton kesemua siri  ini, ternyata tidak mengecewakan.  Jalan cerita novel dan filem juga skrip di dalam siri Twilight adalah lebih kurang sama. Bagi sesiapa yang sudah menonton filem ini, kalau mahukan ‘feeling’ yang lebih dramatik bolehlah membaca novel siri Twilight ini. ‘Rating’  penuh saya berikan untuk novel dan filem ini.

Dapatkan novel dan filem ini di Perpustakaan Hamzah Sendut sekarang!!

Call No (Novel):

F. MEYST

F. MEYSN

F. MEYSE

F. MEYSB

Call No (Filem):

PN1995.9.V3 T971 2010

PN1995.9.V3 T972 2010z

Ulasan oleh: 

Jamilah binti  Hassan Basri

Pustakawan, PHS


Actions

Information

One response

2 03 2012
Azah

Filem agak mengecewakan laa… Kristen Stewart kaku sangat.. hehe.. pape pun, novel jauh lagi best dari filem.😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: