Saya suka membaca!!

24 02 2012

Oleh Mohd Kamal Mohd Napiah

Membaca itu jambatan ilmu. Kata-kata ini amat popular suatu ketika dahulu ketika berada di alam persekolahan. Walaupun koleksi Perpustakaan di sekolah dahulu tidak banyak, namun saya selalu berkunjung ke Perpustakaan untuk satu tujuan; MEMBACA. Tanpa adanya pengawas yang membantu, saya bergerak dari satu rak ke rak yang lain untuk mencari buku yang menarik, samada menarik dari segi isi kandungan penceritaannya atau dengan sebab gambar-gambarnya yang berwarna-warni. Buku-buku ensaiklopedia dan penyiasatan menjadi pilihan saya ketika itu. Kadangkala saya membaca di meja kecil yang disediakan, tetapi pada kebanyakan masa saya lebih suka membaca sambil duduk bersila di celah rak. Jikalau tidak sempat untuk dibaca sehingga akhir mukasurat di perpustakaan, bolehlah dipinjam untuk dibaca di rumah. Seronoknya membaca!

Meningkat usia, kita didedahkan dengan pelbagai bentuk bahan bacaan termasuklah buku, surat khabar, majalah, buku elektronik dan lain-lain . Walaupun kini bahan bacaan wujud dalam medium yang berbeza, namun sesetengah pembaca lebih gemar memegang buku secara fizikal sambil menyelak helaian buku satu persatu. Mereka beralasan jikalau tiada bau buku, hilanglah ‘feeling’ membaca. Manakala segolongan yang lain lebih suka  membaca secara maya, lebih mudah katanya. Saya percaya anda juga suka membaca, kerana paling tidak anda sedang membaca tulisan ini bukan?

Tidak kiralah samada anda suka membaca buku atau lain-lain bahan bacaan, yang penting anda mendapat manfaat daripada aktiviti membaca. Kita tidak tahu buku apa yang akan dibaca, apatah lagi untuk mengetahui impak bacaan tersebut atas diri kita, bak kata-kata yang diungkapkan oleh Burke Hedges:

‘Reading, like no other medium, can transform your life in a flash, and you never know which book, at which time in your life, might be the one that rocks your world and inspires you to grow in ways you never thought possible.’   

Dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan kenapa saya suka membaca:

# Membaca mengaktifkan minda yang mampu meningkatkan tahap kosentrasi dan fokus

Ketika membaca, seseorang akan mengunakan otak secara aktif terutama ketika mengenalpasti sesuatu yang baharu dijumpai samada perkataan mahupun jalan peceritaan. Membaca adalah suatu hobi yang menyeronokkan, seolah-olah dapat merasakan bahawa otak sedang bergerak aktif menapis segala maklumat yang sedang dibaca. Kadangkala, pembaca akan pause seketika apabila tiba di perenggan tertentu, kemudian berfikir sejenak sambil bertanya kepada diri sendiri apa, kenapa, siapa, bila dan bagaimana ia terjadi..

Seseorang yang sedang membaca perlukan kosentrasi yang baik untuk memikirkan isi kandungan buku yang sedang dibaca. Apabila perasaan bosan menjengah, apa kata ambil sebuah buku yang menarik dan baca. Selak setiap helaiannya dan jelajahi dunia baharu yang penuh dengan informasi dan kebijaksanaan. Seronoknya membaca!

#Meningkatkan disiplin diri dan memori

Ramai diantara manusia berfikir masa perlu diperuntukkan untuk membaca, tetapi sedikit sahaja yang berjaya mereailisasikannya. Sekiranya seseorang berjaya menjadualkan secara rutin untuk membaca setiap hari dan melakukannya, ianya pasti membentuk disiplin diri.

Membaca melatih memori untuk cuba mengingati yang yang telah dibaca. Minda yang tidak dilatih pasti sukar mengingat fakta-fakta yang dibaca. Alangkah bahagianya apabila melihat sebuah rak yang dipenuhi buku-buku, lalu berkata ‘saya telah membaca setiap satu daripada buku-buku tersebut’. Seronoknya membaca!

# Membentuk keyakinan diri dan meningkatkan kreativiti

Lebih banyak membaca, maka lebih banyak pengetahuan didapati, dan dengan pengetahuan tersebut menjadikan seseorang lebih yakin dan berani. Membaca tentang rencah kehidupan yang pelbagai dan pengalaman-pengalaman yang dilalui orang lain yang berjaya akan mendedahkan pembaca kepada idea-idea baharu yang akan membantu meningkatkan kreativiti.

Bertanyalah kepada orang yang pakar dalam bidangnya. Seorang pakar pasti banyak membaca. Kita sering melihat orang ramai merujuk kepada pakar untuk mencari jawapan kerana mereka berpengetahuan. Semakin ramai orang merujuk, semakin tinggi keyakinan diri sendiri. Seronoknya membaca!

# Membaca meningkatkan perbendaharaan kata

Apabila membaca buku, terutama buku yang mencabar maka seseorang pasti akan menjumpai perbendaharaan kata baharu. Ingatkah anda adakalanya ketika membaca, anda berusaha untuk memahami sesuatu perkataan dengan cara membaca keseluruhan ayat tersebut semata-mata untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh penulis?

Bayangkan pula ketika membaca buku yang ditulis dalam bahasa yang bukannya bahasa pertuturan seharian, betapa banyak perbendaharaan baharu yang diperoleh sepanjang pembacaan? Tetapi dengan syarat kamus hendaklah sentiasa berada di tangan. Pernahkah anda membaca kamus semata-mata untuk menambah perbendaharaan kata? Saya pernah. Seronoknya membaca!

# Membawa anda menerokai budaya dan tempat-tempat menarik di seluruh dunia

Membaca memberikan anda pandangan baharu tentang kepelbagaian etnik manusia, budaya dan cara hidup. Anda menjadi lebih peka terhadap negara-negara luar serta amalan dan pantang larang mereka. Sekiranya berkunjung ke sana, ilmu tersebut amat berguna untuk berinteraksi dengan mereka tanpa sebarang prasangka. Paling tidak pun, sekiranya anda tidak berpeluang melancong ke sana, tetapi anda mempunyai sesuatu untuk dikongsikan bersama rakan-rakan.

Pernahkah anda mengalami situasi yang agak memalukan apabila kehabisan idea untuk diperkatakan? Bagaimana anda boleh tahu tentang kehidupan manusia di Alaska jika tidak membaca? Anda mahukan ubat untuk masalah tersebut, senang sahaja.. mula membaca.Seronoknya membaca!

# Kata-kata hikmah

Pernahkah anda bertemu dengan seorang rakan yang kelihatan biasa sahaja tetapi mampu mengungkapkan kata-kata yang meruntun jiwa? Daripada mana kata-kata tersebut muncul. Membaca, membaca dan membaca!

Not every reader is a leader, but every leader must be a reader.’  — Harry Truman

‘ In our new knowledge economy, if you haven’t learned how to learn, you’ll have a hard time’ — Peter Drucker

Rujukan:

Allington, R. L. (1977). If they don’t read much, how they ever gonna get good? Journal of Reading, 21, 57-61.

Cunningham, A. E. & Stanovich, K. E. (2001). What reading does for the mind. Journal of Direct Instruction, 1, 137-149.

http://www.squidoo.com/why-reading-is-important

http://www.buzzle.com/articles/why-is-reading-important.html


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: