Semakin Ramai Rakyat Malaysia Suka membaca

12 05 2011

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

KUALA LUMPUR: Budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat kepada lapan hingga 12 buku setahun pada tahun lalu berbanding hanya dua buku pada 1996.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, peningkatan itu dipengaruhi oleh pertambahan syarikat penerbitan buku di negara ini selain peningkatan jumlah bahan bacaan.

“Sebanyak 8,877 syarikat penerbit dengan 23,181 judul terbitan kerajaan dan 167,704 terbitan bukan kerajaan pada tahun lalu.

“Dalam senarai yang dikeluarkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) berhubung penerbitan buku, Malaysia menduduki tangga ke-16 dunia daripada 110 negara,” katanya pada sidang media Pesta Buku ReadMalaysia 2011 di sini pada Selasa.

Raslin berkata, berdasarkan kajian pada tahun lalu terdapat trend positif di kalangan pembaca berusia 10 tahun dan ke atas.

Selain itu, katanya, bahan bacaan dalam bidang bahasa seperti novel berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen mendapat sambutan menggalakkan apabila terjual sehingga 60 peratus selain kesusasteraan dan agama.

“Jika dulu novel bahasa Malaysia sering diletakkan di rak bahagian belakang, tapi saya lihat bahan bacaan itu pada hari ini turut diminati masyarakat bukan Melayu.

“Perubahan budaya membaca novel di kalangan pembaca Cina dan India, jelas membuktikan bahasa Malaysia semakin diterima ramai sekaligus membantu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa rasmi negara itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pusat Konvensyen dan Pameran Mines Malaysia, H.T Khor berkata, Pesta Buku ReadMalaysia 2011 dijadualkan berlangsung selama 10 hari di The Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor bermula 27 Mei hingga 5 Jun ini.

“Pada tahun lalu, seramai 340,000 pengunjung membanjiri pusat konvensyen di sini.

“Kami mensasarkan seramai 400,000 pengunjung berdasarkan pertambahan gerai yang dijangka dapat menjadi tarikan pada kali ini,” ujarnya.

Pesta ReadMalaysia edisi ketiga tahun ini akan menghiburkan pengunjung dengan kehadiran duta ReadMalaysia iaitu watak animasi popular Upin dan Ipin selain sesi bertemu angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Sumber: MStar


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: