Perpustakaan makin sepi

19 02 2010

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Sikap rakyat tidak suka membaca buku menjadikan perpustakaan sepi, terpinggir dan hanya mendapat sambutan pada musim tertentu.Amat menyedihkan. Purata pengunjung di perpustakaan pada hari-hari biasa hanya 10 hingga 30 orang.

Tinjauan Unit Khas Utusan Malaysia ke beberapa perpustakaan daerah dan desa sekitar Lembah Klang mendapati perpustakaan terbabit lengang.

Yang kelihatan hanya kelibat kanak-kanak. Sukar untuk melihat kehadiran orang dewasa apatah lagi remaja di gedung ilmu tersebut.

Menurut Penolong Pengawai Perpustakaan Daerah Gombak, Nor Chempawan Mat Abu, 27, fenomena kunjungan bermusim itu sudah lama terjadi dan sehingga kini masalah tersebut masih sukar diatasi.

“Peribahasa ‘selangkah ke perpustakaan sejuta pengetahuan’ semakin dilupakan. Ini ekoran persepsi masyarakat yang hanya terfikir untuk ke perpustakaan apabila tiba waktu-waktu tertentu sahaja.

“Perpustakaan mendapat sambutan hangat apabila menjelang musim peperiksaan di sekolah dan universiti selain jika ingin menyiapkan tugasan sekolah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagi mengatasi masalah itu, Nor Chempawan berkata, fungsi perpustakaan harus ditingkatkan iaitu bukan sekadar tempat membaca tetapi menjalankan aktiviti lain.

“Dalam usaha menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua, pelbagai aktiviti ilmiah yang bersifat interaktif harus dilaksanakan.

“Misalnya, menyediakan kemudahan Internet secara percuma selain menarik lebih ramai ibu bapa bersantai bersama anak- anak mereka di perpustakaan,” katanya.

Sementara itu, seorang Pembantu Perpustakaan Desa Kampung Pandan, Norfaziha Roslan, 22, berkata, walaupun jumlah buku di perpustakaan desa itu lebih daripada mencukupi, ia gagal menarik minat orang ramai untuk berkunjung.

“Sejak beroperasi pada Julai 2008, perpustakaan ini memiliki 7,920 buku pelbagai genre dengan 300 daripadanya buku bahasa Inggeris.

“Apa yang dikesalkan hanya 8,175 rekod pinjaman buku oleh 779 ahli perpustakaan desa,” katanya.

Dalam pada itu, Norfaziha berkata, perpustakaan desa itu mencatatkan kedatangan tertinggi pada April, Oktober, November dan Disember.

Ikuti artikel penuh di Utusan Malaysia Online


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: