Tiada orang baca buku di Stesen LRT, tren, komuter, bas dan tumpuan umum

18 02 2010

SETAKAT mana perumpamaan buku sebagai gedung segala ilmu masih relevan? Ini kerana pemantauan Unit Khas Utusan Malaysia mendapati rakyat Malaysia tidak membaca. Pendek kata, mereka tidak suka buku.

Pemantauan di beberapa lokasi tumpuan umum di Lembah Klang baru-baru ini mendapati membaca tidak menjadi suatu budaya di kalangan masyarakat negara ini.

Siasatan wartawan, ROSALINDA MD.SAID serta jurugambar MUHAMMAD SYAFIQ IQBAL dan MOHD HATIM MAZLAN mendapati tidak sampai 10 peratus orang ramai di lokasi umum atau di dalam pengangkutan awam yang membaca buku.

Malah paling menyedihkan, Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan negeri, daerah dan desa juga lengang. Hanya 10 hingga 30 orang mengunjungi gedung-gedung ilmu itu dalam sehari.

Tidak hairanlah profil kajian membaca di Malaysia tidak bergerak, cuma purata dua naskhah buku dibaca setiap rakyat setiap tahun.

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Rakyat Malaysia yang kini berjumlah 28 juta orang memang tidak sukakan buku! Hanya sebilangan kecil yang gemar membaca.

Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya ‘meningkat’ kepada dua muka surat pada 2002.

Walaupun statistik terbaru belum dilakukan, namun profil kajian terdahulu itu masih relevan dengan situasi hari ini.

Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia juga mengesahkan kajian profil membaca di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2005 bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun.

Walaupun memeranjatkan namun itulah hakikat yang dikutip oleh penyiasat Unit Khas Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Tinjauan ke beberapa perpustakaan, universiti dan tempat awam mendapati rakyat Malaysia lebih gemar membuang masa begitu sahaja tanpa dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan membaca buku.

Ikuti artikel penuh di Utusan Malaysia Online

Sikap tidak hargai buku membimbangkan

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Sikap rakyat yang tidak tahu menghargai buku dan malas membaca perlu dibimbangi oleh semua pihak.

Pakar bahasa, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, keadaan itu boleh menyebabkan rakyat negara ini tertinggal dalam penguasaan ilmu lebih-lebih lagi dalam era teknologi maklumat yang semakin canggih.

Menurutnya, walaupun pelbagai kempen dijalankan bagi menggalakkan budaya membaca, masih sukar untuk melihat masyarakat negara ini konsisten dalam membaca buku.

“Mereka hanya bersungguh ketika kempen mahupun pesta buku berlangsung dan selepas itu tanpa disedari amalan membaca mula diabaikan.

“Sikap malas membaca buku harus dibimbangi semua pihak dan sekiranya tidak diatasi segera, ia boleh merosakkan imej negara,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia hari ini bertajuk ‘Rakyat tidak suka buku!’ yang mendedahkan hasil tinjauan di pelbagai lokasi tumpuan umum mendapati jumlah yang membaca buku sangat kecil.

Tambah Nik Safiah, persaingan dengan alat permainan video, telefon bimbit dan Internet menyebabkan rakyat leka dan sedikit demi sedikit mula meninggalkan amalan membaca buku.

Sehubungan itu, katanya, ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam membudayakan pendidikan membaca buku khususnya terhadap golongan remaja dan kanak-kanak bagi meningkatkan taraf pembacaan di kalangan mereka.

“Ibu bapa harus mewujudkan ruang dan suasana membaca di rumah dengan menggalakkan setiap ahli keluarga membaca sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada menonton televisyen mahupun berbual-bual kosong.

“Malah digalakkan setiap ibu bapa untuk berbincang bersama anak- anak mereka tentang isi kandungan sesebuah buku,” ujarnya.

Ikuti artikel penuh di Utusan Malaysia Online


Actions

Information

4 responses

23 02 2010
Zamri Mohamad

Dicatatkan dalam rencana tulisan cik puan Rosalinda, “Terbaru, kempen Baca@LRT dilancarkan menghubungkan lebih 100 peminat buku dan pembaca tegar menerusi laman sosial Facebook.

Namun, kempen itu tidak membawa kesan dan gagal menambat hati rakyat Malaysia untuk terus mewujudkan budaya membaca buku. ”

Dikatakan 100 peserta di Facebook, sehingga berita ditulis, rekod sebenar Baca@LRT menunjukkan 3644 penyokong di Facebook.

Dilihat dari amalan penulisan rencana siasatan, perbezaan kesilapan adalah 30 kali ganda!

Berita siasatan ini memerlukan wartawan yang dapat melihat semua aspek dengan teliti agar objektif dan usahanya tidak menjadi kritikan di Facebook oleh ramai pihak ketika ini sehingga menjejaskan kredibiliti Utusan sebagai akhbar wadah masyarakat yang berautoriti.

31 03 2010
haly

kajian terhadap budaya perlu lebih mendalam. Kempen membaca di dalam LRT harus diteliti secara halus. Banyak persoalan diperkatakan kenapa rakyat Malaysia tidak membaca di dalam LRT atau bas. Cuba kita halusi semula persekitaran di dalam LRT dah juga bas. Keadaan yg berasak-asak, tidak selesa, kadang kala dengan sistem penyaman udara yg tidak berfungsi dengan baik. Adakah persekitaran itu boleh menimbulkan mood membaca.

Saya sendiri menggunakan LRT untuk ke pejabat semenjak 4 tahun lepas. Tidak pernah sekali pun saya dapat tempat duduk. Kedua tanya saya pasti sibuk mencari tempat berpaut dalam kesesakan umat manusia itu.Agak sukar rasanya untuk membaca malah untuk memegang buku.

Seperkara lagi, buku bukan lah satu-satunya bahan bacaan. Banyak bahan bacaan lain juga berfaedah seperti majalah dan juga jurnal. Pengukuran tabiat membaca sepatutnya tidak terbatas kepada buku sahaja.

6 04 2010
Fikrah

Gerakan membaca bukanlah suatu kempen tetapi ia suatu revolusi yang memerlukan masa. Perubahannya mungkin memakan masa bertahun-tahun. Bukan setahun dua tetapi mungkin 10-100 tahun. Apa yang penting adalah meneruskan usaha gerakan menggalakkan masyarakat membaca. Insya Allah, suatu hari nanti pasti ia akan menjadi budaya.

4 06 2010
jombacaphs

Terima kasih kerana memberi komen/cadangan/pandangan anda.. Kami menghargainya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: