Gerakan membaca | Baca@LRT cipta sejarah besar

18 02 2010

Semua bermula dari perbincangan ringkas selepas bengkel penulisan skrip jualan yang diadakan pada awal Januari di Learning Station, Wangsa Melawati.

Perkataan LRT timbul dalam perbualan dan isu-isu sekitar berbangkit. Ia berkaitan mencipta satu kelainan positif dalam masyarakat. Satu kelainan yang baik dan memberi kesan positif pada semua. Juga satu kelainan yang mendorong orang lain sama-sama dalam satu kumpulan menyuarakan.

Timbul idea dari sebuah bilik training kecil bagi menggerakan usaha rakyat Baca@LRT, satu usaha yang melibatkan penggemar buku dan pendukung bacaan berkualiti kepada orang ramai.

Satu usaha gila-gila yang memerlukan keberanian luar biasa bersama. Satu kegilaan yang memberi mesej jelas kepada orang ramai terhadap apa yang kita percaya.

Idea itu menjadi jelas apabila masing-masing melontarkan idea gila bagaimana ia dapat direalisasikan. Idea gila bertukar menjadi filem yang jelas dapat ditonton melalui mata fikiran.

Senyum sendiri dan ketawa sendiri melihat babak demi babak bagaimana ia akan berlaku. Kemudian idea itu meronta-ronta mahu jadi benar. Ia mahu melompat keluar dari gulungan filem dan mahukan jasad.

Saudara Izwan Wahab diberi amanah membawa hasrat ini kepada masyarakat. Kumpulan kerja dibentuk atas rasa sukarela dan keinginan meluap-luap mahu melihat ia menjadi kenyataan.

Saudara Irfan Jani amat bersemangat berkongsi pengalaman beliau melihat budaya membaca di Jepun. Beliau adalah orang penting bagi memastikan Baca@LRT sentiasa lurus menjaga objektifnya dan mengingatkan kami agar menjaga kepercayaan orang ramai agar terus mendukung gerakan ini.

Kisah pengalaman beliau ketika di Jepun memberi inspirasi kepada kami yang mendengar. Mungkinkah Malaysia dapat mengikut jejak yang sama? Mengapa kita hanya kekal mengagumi bukankah kita boleh mencipta fanomena yang sama? Ya memang boleh dalam apa cara yang terbaik.

Puan Ainon Mohd dan Prof Abdullah Hassan meru

pakan penasihat kepada gerakan rakyat ini memberi pandangan dari masa ke semasa dan memantau agar Baca@LRT menjadi angan-angan semua.

Kami terus berangan-angan. Kami percaya.

Teruskan membaca di laman blog :

zamrimohamad.com

::  ZAMRI MOHAMAD ::

merupakan Penulis sepenuh masa yang mendapat liputan akhbar dan majalah seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, KOSMO, Malay Mail, Berita Harian, Sinar Harian, Millenia Muslim dan siri majalah Dewan Bahasa.

Pakar penjenamaan perniagaan kecil. Melatih peniaga kecil bagaimana mempromosi perniagaan di internet. Pernah menyampaikan ceramah di Dewan Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada tahun 2009.

Penulis 14 buah buku antaranya Rahsia Bisnes Mamak, Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan YouTube, Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan sebagainya. Ia boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh negara.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: