Ulasan Buku

The Curious Incident of the Dog in the Night-Time is a 2003 novel  by British writer Mark Haddon. It won the 2003 Whitbread Book of the Year and the 2004 Commonwealth Writers’ Prize for Best First Book. Its title is a quotation of a remark made by the fictional detective Sherlock Holmes in Arthur Conan Doyle’s 1894 short story “Silver Blaze”.
The story is written in the first-person perspective of Christopher John Francis Boone, a 15-year-old boy with Asperger syndrome living in Swindon, Wiltshire. Although Christopher’s condition within the autism spectrum is not stated explicitly within the novel, the summary on the book’s inside cover or back cover (depending on the edition) describes it as Asperger syndrome, high-functioning autism, or savant syndrome.

Call Number: F. HADMC

Location: PHS2

Yang membaca,
Nor Azan Ibrahim
Pustakawan PHS

The Catcher in the Rye is a 1951 novel by J.D. Salinger. Originally published for adults, it has since become popular with adolescent readers for its themes of teenage confusion, angst, sexuality, alienation, and rebellion. It has been translated into almost all of the world’s major languages. Around 250,000 copies are sold each year, with total sales of more than sixty-five million. The novel’s protagonist and antihero, Holden Caulfield, has become an icon for teenage rebellion.
The novel was included on a 2005 Time Magazine list of the 100 best English-language novels written since 1923, and it was named by Modern Library and its readers as one of the 100 best English-language novels of the 20th century. It has been frequently challenged in the United States for its liberal use of profanity and portrayal of sexuality and teenage angst. It also deals with complex issues of identity, belonging, connection, and alienation.

Call Number: PS3537.A411C35

Location: PHS1

Yang membaca,
Nor Azan Ibrahim
Pustakawan PHS


Kebelakangan ini, banyak buku yang telah dihasilkan daripada entri-entri blog. Bermula dengan sumbangan entri-entri pendek daripada penyumbang / pengikut blog, ianya akan dibukukan dan diterbitkan untuk tatapan umum. Antara blog-blog menarik  yang telah dibukukan  adalah seperti berikut:

Jiwa Kacau merupakan sebuah antologi entri oleh 23 orang blogger.

Mereka adalah penulis bebas yang menerbitkan karya dalam medium web yang

dipanggil weblog.

Komentar pembaca  mengenai buku ini :

Buku ini, koleksi Jiwa Kacau, walaupun mungkin bukanlah himpunan terbaik dan definitif, adalah antologi yang mempamerkan wajah blog Malaysia (pengantar bahasa melayu) sekarang ini. Setahu saya belum ada satu pun blog bahasa kebangsaan yang dibukukan sebelum ini. Di tangan kamu adalah
sehiris sejarah. Pertama seumpamanya. Capai dan belilah. Simpanlah. Hartakan.
-Saharil Hasrin Sanin

http://jiwakacau.blogdrive.com/

Call Number: PL5134.1. J61 2005 m

Location: PHS1

Yang membaca,
Cik Ramlah Che Jaafar
Pustakawan PHS

http://kecek-kecek.blogspot.com/

Awang Goneng was born at a very young age, has drifted beyond the shores of Trengganu, and is feeling a crick in the neck from constantly looking back. He claims to have captured the essence of Trengganu, which, he says, was given to him by a very old man living in a cave near the Lake Kenyir. His detractors say it’s just a bottle of budu. Undaunted, Awang Goneng is still continuing his search which has taken him to wild places and steaming jungles. Once while swimming in the South China Sea, off Batu Buruk, he was chased by a shoal of kerepok lekor. “Very fast swimmers they are,” he says. “I bit into one, it tasted very fishy.”

Komentar pembaca mengenai buku ini :

“Awang Goneng does with words what Lat does with pictures.”
–Annabel Teh Gallop, Head, Southeast Asia section, British Library

Growing Up in Trengganu karya Awang Goneng mengulit nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja pengarang buku ini ketika di Terengganu selain kerinduan kepada kaum keluarga dan handai taulan yang enggan dilepaskan meskipun sudah beberapa dekad menetap di London. Kebetulan tirai buku ini dimulai dengan kisah sambutan Hari Raya ketika negeri yang kaya dengan emas hitam itu masih jauh daripada pembangunan dan suasana Syawal masih hangat diraikan di Malaysia, membuka ruang kepada pembaca meninjau corak sambutan Ramadan dan Syawal pada zaman kanak-kanak Awang Goneng di Terengganu.”
–Berita Harian (Malaysia)

Call Number: PN5449.M2A964 2007

Location: PHS1

Yang membaca,
Cik Ramlah Che Jaafar
Pustakawan PHS

Buku Eh! Wat yu talking? Merupakan karya Syed Ali T

awfil Al-Attas yang menghimpunkan cerita-cerita pendek yang mencuit hati. Jenaka-jenaka yang dipaparkan adalah dari masyarakat Malaysia yang berbilang kaum di mana olahan bahasa digarap dengan santai dan menghiburkan. Watak utama yang digunakan juga merupakan watak yang telah sebati dengan cerita-cerita lucu dari waktu kita kecil iaitu Pak Pandir.Buku ini sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur dan boleh melepaskan tekanan terutama kepada mereka yang seharian penat bekerja . Yang menjadikan buku ini bertambah menarik adalah Illustrasi yang dihasilkan pelukis kreatif, E. Yu yang juga ada menghasilkan karikatur tokoh-tokoh seperti Dr. Mahathir dan Tunku Abdul Rahman Putra.

Call Number: PL5149.1.T884 E33 2007

Location: PHS1 & PHS2

Yang membaca,
Fujica Azura Fesal
Pustakawan PHS

“Akhlak mulia pada diri insan umpama bunga…Punya daya tarikan yang akhirnya membuahkan kasih sayang dan kemesraan….”

Dewasa ini perkembangan generasi masa depan kita amat membimbangkan, lantaran gejala-gejala yang melanda kita. Makin tinggi kemajuan yang dicapai, makin hancur akhlak dan kemanusiaan. Berbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasinya namun bukan sahaja tidak dapat untuk mengatasinya, untuk membendungnya pun tidak mampu.

Buku ini dapat membuka minda tentang persoalan yang penting dalam membina sebuah masyarakat yang diidamkan. Persoalan mengenai akhlak yang sepatutnya menjadi pakaian umat Islam. Dengan penyampaian yang mudah difahami, buku ini memberikan maklumat berguna dalam membentuk sahsiah diri. Buku ini juga memberi panduan kepada kita dalam meniti jalan menuju kesempurnaan manusia dan fitrah murni insan serta semangat patriotik yang diperlukan demi tercapainya ISO Akhlak Antarabangsa.

Call Number: BP189.6. M215 2006 m

Location: PHS 1

Yang Membaca:

Noor Azlinda Wan Jan

Pustakawan PHS

Sejak kebelakangan ini saya minat dengan majalah kereta. Saya ingin menyaran anda semua untuk membaca majalah kereta ini untuk mengetahui lebih lagi mengenai pelbagai jenis kereta yang terdapat di pasaran mahupun yang tempatan atau yang di luar negara. Bagi pakar yang meminati kereta silalah beli majalah kereta ini untuk mendapati tips-tips untuk menambahbaik prestasi kereta. Sejak membaca majala kereta ini saya amat prihatin terhadap kereta saya. Apabila mencuci kereta saya amat teliti dengan ruang-ruang yang kecil yang tidak boleh diperhati agar kereta saya nampak bersih dan kilat. Selain itu, banyak informasi yang boleh didapati seperti kelab kereta, kaedah penjimatan minyak, forum dan sebagainya dan dapat berkongsi maklumat mengenai sesuatu jenama kereta diantara satu sama lain. Oleh yang demikian dapatkanlah edisi majalah kereta yang terkini di pasaran atau di kedai yang terdekat.

Yang membaca,
A. Basheer Ahamadhu Ameer Sultan
Pustakawan PHS

“Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan, Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat”.

Quote tersebut boleh kita kaitkan dengan ulasan buku karya agung Hamka ditulis pada tahun 1939 yang mana berkisar berkisah tentang Zainudin, keturunan orang Minangkabau tetapi dibesarkan oleh keluarga Bugis, ditolak permintaannya untuk menikah dengan Hayati kerana Zainudin miskin dan dianggap tidak sekufu’ dengan Hayati. Keseluruhan buku ini menggambarkan kisah cinta agung Zainuddin terhadap Hayati, peraturan manusia terhadap budaya dan adat yang meyebabkan cinta mereka sukar bersatu. Saya tertarik dengan keseluruhan kisah cinta ini kerana ketulusan cinta yang berlandaskan agama, cinta itu juga ditafsirkan dalam batasan syariah dalam ertikata sebenar. Walaupun karya ini ditulis dalam bahasa Indonesia Minangkabau, tetapi jalan cerita masih boleh difahami dan dihayati sepenuhnya kerana sesetengah novel ini banyak disulami kata-kata yang puitis dan indah.

Adalah sangat rugi jika kita masih tidak membaca karya Hamka ini, terutamanya untuk pemuda pemudi yang sedang hanyut dalam percintaan. Acapkali kita manusia lemah kerana cinta, justeru novel ini moralnya dapat membangkitkan kekuatan diri mencari cinta Ilahi yang paling hakiki.

Call Number: PL5129.32.A517 T30 1999 m

Location: PHS1

Yang membaca,
Jamilah Hassan Basri
Pustakawan PHS

Bermulanya awal tahun 2009 lalu, saya telah membeli majalah Apartmen ini yang sangat bagus kepada semua terutama penghuni-penghuni flat dan juga Apartmen. Majalah ini memberi banyak info kepada penghuni yang merasakan rumah mereka sempit dan tiada banyak ruang. Oleh itu, majalah ini bertujuan memberi ilmu dan pengetahuan berguna seperti cara-cara menghias rumah yang sempit agar nampak besar, tips-tips penghiasan rumah dan juga warna yang perlu digunakan. Saya cukup seronok membaca dan saya telah mempraktikkan di rumah saya sendiri. Rumah saya yang agak kecil tetapi kini rumah saya selesa. Saya telah mengaplikasi segala tips-tips yang terdapat di dalam majalah ini. Dekorasi yang dicadangkan di dalam majalah ini memberi satu pembaharuan yang unik dan cantik sekali. Keluaran majalah ini hanya ‘Quarterly’ iaitu 4 kali setahun.

Yang membaca,
Ikhwan Ismail
Pustakawan PHS

Imam

Ketika saya di Tingkatan Empat (Tahun 1998), saya telah meminjam satu novel dari senior saya yang berjudul ‘IMAM’. Kebetulan pada satu hari saya terlihat novel itu diletakkan di atas meja ‘study’ senior saya itu. Saya pun terus bertanya, “Best tak novel tur?”. Senior saya pun menjawab persoalan saya “Best giler”. Lalu, saya terus meminjam dan membacanya.

Ini pendapat saya mengenai novel tersebut, novel ini telah memenangi anugerah hadiah pertama ‘Hadiah Novel Nasional’ Utusan Melayu pada 1992/94. Ianya adalah buah tangan Dato Abdullah Hussain yang juga telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara pada tahun 1996. Bagi saya, ia adalah novel yang sesuai dengan pembaca yang meminati novel yang bercirikan Islamik.

Novel Imam mengisahkan tentang perjuangan seorang imam yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri. Namun ia mendapat tentangan dari sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa malah dari saudara-maranya sendiri. Imam Hj Mihad didakwa membawa ajaran baru yang agak asing bagi kampung itu sehingga mendapat perhatian pihak Majlis Agama. Banyak perkara yang berlaku ketika perjuangannya terutama ditentang dengan begitu hebat oleh orang kampung.

Ketika Imam dipanggil oleh majlis Agama dan berdebat dengan mereka, penulis telah membuat rujukan yang banyak dan sangat teliti bila menyampaikan hujah-hujah dari sumber-sumber yang sahih. Kerana pada zaman sekarang manusia agak jumud dalam mengamalkan amalan-amalan Islam.

Call Number: PL5136.1.B356I31 m

Location: PHS1 & PHS2

Yang membaca,
Ikhwan Ismail
Pustakawan PHS

2 responses

14 09 2009
Ulasan Buku « Jom Baca @ PHS

[...] Ulasan Buku [...]

8 02 2010
Ulasan Bahan Bacaan Anda « Jom Baca @ PHS

[...] Ulasan Bahan Bacaan Anda [...]




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: