17 Jan 2012 (Selasa) – Program JomBaca@ PHS pada tahun ini dimulakan dengan mewujudkan sudut bacaan santai yang diberi nama ‘Booklovers Corner – Sharing is Caring’.
Sudut ini merupakan inisiatif JK Kempen Membaca untuk membudayakan amalan membaca di kalangan warga USM. Lokasi sudut ini bertempat di hadapan Perpustakaan Hamzah Sendut 1, bersebelahan mesin pengeluaran wang (ATM). Konsep yang ditampilkan amat mudah iaitu sesiapa sahaja boleh mendermakan buku, membaca malah membawa pulang mana-mana buku yang diminati.
Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan semua dan menjadi langkah permulaan untuk aktiviti-aktiviti lain dalam usaha meningkatkan minat membaca di kalangan warga USM secara khusus dan masyarakat luar amnya.
Nantikan kami dalam program akan datang.proud to be a bookworm.

