Booklovers Corner – Sharing is Caring

18 01 2012

17 Jan 2012 (Selasa) – Program JomBaca@ PHS pada tahun ini dimulakan dengan mewujudkan sudut bacaan santai yang diberi nama ‘Booklovers Corner – Sharing is Caring’.

Sudut ini merupakan inisiatif JK Kempen Membaca untuk membudayakan amalan membaca di kalangan warga USM. Lokasi sudut ini bertempat di hadapan Perpustakaan Hamzah Sendut 1, bersebelahan mesin pengeluaran wang (ATM). Konsep yang ditampilkan amat mudah iaitu sesiapa sahaja boleh mendermakan buku, membaca malah membawa pulang mana-mana buku yang diminati.

Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan semua dan menjadi langkah permulaan untuk aktiviti-aktiviti lain dalam usaha meningkatkan minat membaca di kalangan warga USM secara khusus dan masyarakat luar amnya.

Nantikan kami dalam program akan datang.proud to be a bookworm.





Semakin Ramai Rakyat Malaysia Suka membaca

12 05 2011

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

KUALA LUMPUR: Budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat kepada lapan hingga 12 buku setahun pada tahun lalu berbanding hanya dua buku pada 1996.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, peningkatan itu dipengaruhi oleh pertambahan syarikat penerbitan buku di negara ini selain peningkatan jumlah bahan bacaan.

“Sebanyak 8,877 syarikat penerbit dengan 23,181 judul terbitan kerajaan dan 167,704 terbitan bukan kerajaan pada tahun lalu.

“Dalam senarai yang dikeluarkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) berhubung penerbitan buku, Malaysia menduduki tangga ke-16 dunia daripada 110 negara,” katanya pada sidang media Pesta Buku ReadMalaysia 2011 di sini pada Selasa.

Raslin berkata, berdasarkan kajian pada tahun lalu terdapat trend positif di kalangan pembaca berusia 10 tahun dan ke atas.

Selain itu, katanya, bahan bacaan dalam bidang bahasa seperti novel berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen mendapat sambutan menggalakkan apabila terjual sehingga 60 peratus selain kesusasteraan dan agama.

“Jika dulu novel bahasa Malaysia sering diletakkan di rak bahagian belakang, tapi saya lihat bahan bacaan itu pada hari ini turut diminati masyarakat bukan Melayu.

“Perubahan budaya membaca novel di kalangan pembaca Cina dan India, jelas membuktikan bahasa Malaysia semakin diterima ramai sekaligus membantu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa rasmi negara itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pusat Konvensyen dan Pameran Mines Malaysia, H.T Khor berkata, Pesta Buku ReadMalaysia 2011 dijadualkan berlangsung selama 10 hari di The Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor bermula 27 Mei hingga 5 Jun ini.

“Pada tahun lalu, seramai 340,000 pengunjung membanjiri pusat konvensyen di sini.

“Kami mensasarkan seramai 400,000 pengunjung berdasarkan pertambahan gerai yang dijangka dapat menjadi tarikan pada kali ini,” ujarnya.

Pesta ReadMalaysia edisi ketiga tahun ini akan menghiburkan pengunjung dengan kehadiran duta ReadMalaysia iaitu watak animasi popular Upin dan Ipin selain sesi bertemu angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Sumber: MStar





4 03 2011




GAMBAR PENYAMPAIAN HADIAH MERDEKA

4 03 2011

This slideshow requires JavaScript.





PERTANDINGAN MALAYSIAKU MERDEKA

27 09 2010

“” ATAS PERMINTAAN RAMAI, PERTANDINGAN INI DILANJUTKAN HINGGA 31 OKTOBER 2010 “”

Kami JOMBACA@PHS sedang menganjurkan tiga pertandingan sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 dan Hari Malaysia.

Dari 1 SEPTEMBER 2010 hingga 29 SEPTEMBER 2010.

Kami menawarkan pelbagai hadiah yang menarik bagi setiap pertandingan.

Pertandingan yang kami anjurkan adalah:

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK

PERTANDINGAN FOTOGRAFI

PERTANDINGAN POSTER

Untuk keterangan lanjut serta peraturan peraduan, sila klik link di bawah ini

http://jombacaphs.wordpress.com/malaysiaku-merdeka-2/

atau anda boleh terus ke laman MALAYSIAKU MERDEKA

HADIAH HEBAT UNTUK DIMENANGI:

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK
1 Ipod Nano 8gb
2 Sonic Gear Tatoo Duo2
3 Sennheiser HD201

PERTANDINGAN FOTOGRAFI
1 Ipod Nano 8gb
2 Sonic Gear Tatoo Duo2
3 Sennheiser HD201

PERTANDINGAN POSTER
1 Ipod Nano 8gb
2 Sonic Gear Tatoo Duo2
3 Sennheiser HD201





How To Open A New Book

21 09 2010





MALAYSIAKU MERDEKA

18 08 2010

Kami akan mengadakan pelbagai kuiz/pertandingan dan tentunya banyak hadiah yang perlu anda menangi..!!

Tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…!!

.





:: PHS@Chemor ::

18 05 2010



SOROTAN:

* Logo untuk program ini telah direka oleh Encik Meor Arafat (Pustakawan)

* Seramai 37 tenaga kerja yang terlibat menjayakan PHS@Chemor

* Adun Hulu Kinta, Datuk Rosnah Kassim hadir merasmikan penutupan PHS@Chemor

* Seramai 164 peserta (Pelajar SK Syed Idrus) yang menyertai program ini

* Pengacara majlis penutupan digandingkan bersama En Arifin dari PHS dan Cikgu Syahida dari SK Syed Idrus

* AJK PIBG telah mengetuai senaman poco-poco bersama AJK dan peserta

* AJK membuat mural warna warni di dinding Pusat Sumber sekolah yang direka khas oleh En Kirubananthan (Pembantu Kanan Perpustakaan, PHS)

* AJK mengadakan gotong royong di Pusat Sumber sekolah

* Pelbagai hadiah menarik telah diterima peserta SK Syed Idrus

* Sepanjang program, ada pemeriksaan kesihatan percuma oleh jururawat-jururawat termasuk seorang jururawat lelaki dari Kementerian Kesihatan

* Program berjalan serentak dengan gotong-royong yang dianjurkan oleh guru-guru SK Syed Idrus

* Salah satu cap tapak tangan logo PHS@Chemor di mural adalah cap tangan En Basheer (Pengerusi)

* Pemenang Pertandingan Bercerita dan undian tertinggi pilihan Tahap 1 adalah anak Yang Dipertua PIBG SK Syed Idrus

:: SILA KLIK FOTO DI BAWAH UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR ::





:: Selamat Datang Ke JomBaca@PHS ::

29 04 2010





The Curious Incident of the Dog in the Night-Time

28 04 2010

The Curious Incident of the Dog in the Night-Time is a 2003 novel  by British writer Mark Haddon. It won the 2003 Whitbread Book of the Year and the 2004 Commonwealth Writers’ Prize for Best First Book. Its title is a quotation of a remark made by the fictional detective Sherlock Holmes in Arthur Conan Doyle’s 1894 short story “Silver Blaze”.
The story is written in the first-person perspective of Christopher John Francis Boone, a 15-year-old boy with Asperger syndrome living in Swindon, Wiltshire. Although Christopher’s condition within the autism spectrum is not stated explicitly within the novel, the summary on the book’s inside cover or back cover (depending on the edition) describes it as Asperger syndrome, high-functioning autism, or savant syndrome.

Call Number: F. HADMC

Location: PHS2

Yang membaca,
Nor Azan Ibrahim
Pustakawan PHS








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.